Monday, January 10, 2011

mY LifE JourNeY... bEgiNs....

Setelah sekian lama, tiba2 terasa nak taip/tulis sesuatu dalam blog ni. Tapi nak tulis apa ya?
I don't know.....

........................
.......................
.......................
......................

Dulu, aku suka baca puisi, sajak, rasa macam nak jadi seorang penulis je. Tapi aku taklah pandai sangat menulis puisi, kalau sekadar mencarut tu pandailah kot?

Waktu masih belajar dulu, aku suka sekali subjek sastera, semua buku sastera aku habis baca, termasuklah buku sastera "Sulalatus salatin" mmm... x ingat sangat ejaannya....
tapi yang pasti, aku dapat A- untuk subjek tu. :) Seronok jugalah ...

Tapi masa study di U, lain pula course yang aku dapat, jadi pembacaan aku pun makin kurang dan makin malas. Aku lebih banyak berfikir secara logik dan rasional. Kalau nak beli novel pun kena fikir 2 atau 3 kali sebab kira mahal juga harga sebuah novel tu bagi seseorang yang masih bergelar pelajar. Jadi kalau nak baca pun, kena pergi perpustakaan dulu, itupun kalau ada novel baru yang orang dah pulangkan. Hanya sesekali saja aku dapat meminjam novel dari kawan-kawan.

Sekarang ni terasa mahu belajar menulis puisi dan sajak-sajak indah.... Kalau salah pun, rasanya orang pun takkan tahu barangkali. Puisi itu sesuatu yang indah dan abstrak. Terpulang pada seseorang individu untuk menilainya dari sudut masing-masing. Mmmm... mungkin aku patut bermula dari bawah semula, iaitu cuba MEMBACA, MENULIS, DAN MENGHANTAR ... right?
Tak salah mencuba..cuma terpulang pada diriku sendiri saja nanti samada aku mahu lakukannya atau tidak.


Cuma aku yang tidak bersemangat sekarang ni, rasa malas sahaja. "Malas itu punca kegagalan"
hehe .memang betul.

Mmmm... cuba aku tulis sebuah puisi dulu sebagai pembukaan.

"MASA DEPAN"

Masa depan
Rintihan perahan fikiran
Penantian yang tiada berkesudahan,
Memaksa hidup diteruskan
Dengan paksaan.

Tanpa pedoman, musnahlah harapan
Hancurlah impian muncullah igauan
Melenyapkan sebuah impian masa depan
Diharapkan oleh setiap insan

Oleh : ERINA


Siap juga dalam masa kurang dari 5 minit.

Kalau hantar puisi ni mesti kena reject punya...hehe ..

Apa-apa pun, life must go on dan ini baru permulaan.......... OFF






No comments:

Post a Comment